Star Wars Last Dinner |
Jam telah mnunjukkan pukul 8.30 minit malam dan mataku masih khusyuk menatap wajah laptop ku yang paling ku sayang. Saban hari tak lepas aku mnyentuh dan menekan papan-papan kekunci, bagaikan ianya sebuah piano yang mengeluarkan irama yang begitu mengasyikkan. Namun secara tiba-tiba irama tersebut terganggu dengan bunyi sumbang, bunyi yang sama tatkala kawan serumahku membuang air besar. Adoi perut dah lapar rupanya.
So dengan lemah longlai ak menolak laptop ku ketepi dan berjalan ke arah dapur, namun sempat juga ku kembali berpaling dan menjeling, berharap agar laptop tersebut memanggil namaku dan menghalang ku pergi. Apalah yang ku harapkan dari objek yang mati, yang tiada hati dan perasaan. Agak berat hatiku ingin berpisah tetapi ku gagahkan jua hati ini.
Ku capai bungkusan Mee Sedap yang baru sahaja ku beli di Pasaraya Mydin 2 hari lepas. Ku ramas-ramas lalu ku koyakkan bungkusan luar mee tersebut. Hatiku berang. Mengapa pengeluar mee segera harus meletakkan 3 bungkusan laen di dalam bungkusan tersebut. Dalam diam hatiku menyumpah industri mee segera. Ku buka peti sejuk, dan mengambil bungkusan sosej. Bungkusan lagi. Jiwaku kelu, tak mampu lagi ku berkata apa-apa. Inilah realiti kehidupan sekarang. Asyik bungkus je. Aku je lagi yang belum berbungkus. Berbungkus dengan serban maksudku.
Ku panaskan kuali lalu memasukkan sosej yang telah di potong halus ke dalam kuali berserta minyak, serta ku masukkan mee yang juga telah ku rendam dalam air panas sebentar tadi. Setelah semuanya selesai aku kembali ke hadapan laptop ku. Masih tiada reaksi apa-apa darinya. Kaku. Ku makan dengan perlahan mee tersebut dengan diam. Terasa seperti pasangan kekasih yang yang mungkin akan putus pada bila-bila masa sahaja. Selesai makan aku kembali ke hadapan laptop. Ku buka Blog ku yang cuma setahun jagung nie lalu ku coretkan semua isi hatiku. Ku mencari button "PUBLISH POST" lalu ku tekan. Maaf, aku tak dapat menahan persaan ni lagi. Selamat tinggal. Button shut down ku tekan......
0 comments:
Post a Comment